Skip to main content

Posts

Bina Ayat Gramatis I,II&III

KOSA KATA 1.       Sebagai pemimpin sifat anani tidak wajar diamalkan bagi membentuk organisasi yang baik. 2.       Lengan adik bintat kerana gigitan nyamuk. 3.        Guru disipilin di sekolah saya amat  cengil . 4.       Aizam sering dimarahi ibunya kerana sikapnya yang dampit . 5.       ekstradisi dengan Malaysia. 6.       Perbuatan gasar Amin telah mengguris hati ibunya. 7.       Perbezaan antara pasangan kembar itu kentara . 8.       Pensel kayu ini lancip. 9.       Parang itu sudah m ajal kerana lama tidak diasah. 10.   Mior nyelap beberapa kali sejak tamat Kem Unit Beruniform. 11.   Aimi membawa ompong ketika melawat Aini di hospital. 12.   Adik telah menyediakan palen yang secukupnya sebelum menyertai perkhemahan tersebut. 13.   Kami menghasilkan projek itu secara rantam . 14.   Sagur yang dibina oleh kanak-kanak tersebut amat kukuh. 15.   Terdapat banyak tetua pada wajah Syafiy. 16.   Aiman menabik hormat kepada penyelia tersebut dengan pen
Recent posts

Latihan Tatabahasa September

LATIHAN 1 3a) i) Adik akan pulang ke kampung dengan menaiki bas. ii) Hasil pulangan penjualan buah-buahan ini amat menguntungkan. iii)Azim memulangkan duit yang dipinjamnya kepada Azam. iv)Akta yang membawa kemudaratan  kepada rakyat itu tidak mansuh lagi. v) Pemansuhan cukai barangan menyebabkan jualan motosikal melonjak. vi) Kerajaan berjanji untuk memansuhkan cukai yang membebankan rakyat itu. 3b) Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya. Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan. Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi. Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja baginya. Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia tersebut. Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja. 3c) i) mele

Laporan iFSC 2018

Laporan Program International Future Scientist Conference 2018 Pada 24-26 Julai 2018 bersamaan hari Selasa sehingga hari Khamis,Pusat PERMATApintar Negara telah menganjurkan program International Future Scientist Conference 2018 (iFSC 2018) buat kali ke-7 yang bertempat di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara.Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Dato’ Ir Dr Mohd Marzuki bin Mustafa,Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tema Empowering Young Researchers.International Future Scientist Conference ini telah melibatkan kira-kira 70 pelajar dari pelbagai sekolah termasuklah Kolej PERMATApintar,Sekolah Tun Fatimah,Shibata High School Japan dan lain-lain lagi.Program tahunan ini dianjurkan   bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah membentangkan hasil penyelidikan yang telah mereka usahakan selama ini. Sebelum program berlangsung,beberapa persiapan telah disediakan agar program dapat berjalan lan

Rumusan F2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak. Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan pesakitpesakit kronik mendapat bantuan

Sistem Panggilan Nama

Pada hari ini saya akan berkongsi maklumat tentang sistem panggilan nama di Malaysia.Sistem panggilan ini adalah untuk menghormati antara satu sama lain,sistem panggilan juga diggunakan mengikut peringkat umur,pangkat,kedudukan dan keakraban hubungan.Di sini akan saya sertakan contoh-contohnya, Gelaran Kekeluargaan Gelaran kekeluargaan digunakan kepada ahli keluarga mengikut kedudukan bagi menghormati sesama ahli keluarga. Contohnya seperti, MAK // AYAH // MAKLONG // PAK NGAH Gelaran Pergaulan Bebas  Gelaran pergaulan bebas biasanya digunakan secara umum di dalam masyarakat. Contohnya seperti, CIK (Bagi perempuan) // ENCIK (Bagi lelaki) Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja  Gelaran pergaulan tak bersahaja merupakan pergaulan formal untuk digunakan dalam sesuatu majlis atau situasi yang juga formal. Contohnya seperti, TUAN // PUAN // ENCIK // CIK  Gelaran Warisan Gelaran warisan merupakan gelaran yang digunakan untuk keturunan raja-raja yang memerint

Komunikasi bertulis

Hai! Kali ini saya akan kongsikan tentang format,ciri-ciri dan laras bahasa yang digunakan dalam SURAT KIRIMAN RASMI TAKLIMAT LAPORAN MINIT MESYUARAT BERITA SURAT KIRIMAN RASMI Format : Alamat pengirim diletakkan di sudut atas sebelah kiri surat,Garis panjang melintang diletakkan selepas menulis lamat pengirim dibawahnya.Nama dan alamat penerima ditulis dibawah garisan tersebut.Tarikh ditulis pada bahagian kanan barisan akhir alamat penerima yang terakhir dan bulan mestilah ditulis huruf besar dan hujungnya mestilah bertanda noktah. Ciri-ciri : Formal dan ditulis untuk kepentingan umum Laras bahasa : Haruslah baku dan menggunakan ejaan dan tanda baca yang tepat. TAKLIMAT Format : Dimulai dengan kata-kata aluan,kata-kata penghormatan kepada orang tertinggi dan terhormat,ditulis dalam perenggan dan mengandungi pendahuluan,isi dan penutup. Ciri-ciri : Formal ketika bercakap,menggunakan intonasi yang tegas dan berbentuk penjelasan. Laras bahasa : Jel

Contoh Laras Bahasa

Pada entri kali ini saya akan menyenaraikan 10 contoh istilah yang digunakan dalam laras tersebut : - LARAS BAHASA MATEMATIK Tambah Tolak Bahagi Darab Perpuluhan Peratus Pecahan Nombor Bentuk Segi - LARAS BAHASA SAINS Hipotesis Konklusi, Golgi apparatus Atom Electron Proton Fizik Biologi Kimia Hydrogen - LARAS BAHASA AGAMA Doa Tuhan Nabi Rasul Wahyu Kitab Hari kiamat Surah Muqadam Sembahyang - LARAS BAHASA SASTERA Metafora Anafora Personifikasi Imbas muka Imbas kembali Hiperbola Klimaks Paradoks Repetisi Sinkope - LARAS BAHASA SENI Abstrak Visual Warna Lukisan Kontra Harmoni Rekaan Teknik Gaya Rupa